Tuesday, 6 January 2026

MANFAAT MINYAK BIJI ANGGUR

 


Jarang sekali kedengaran produk kosmetik menggunakan minyak biji anggur bahan adunan. Kenapa Najlaa memilih minyak ini? Berikut adalah sebab-sebabnya:

1.            Minyak biji anggur mengandungi linoleic acid yang menguatkan membrane kulit. Selamat tinggal kepada jerawat

2.            Mengandungi astrigents yang menegangkan kulit, tona lebih sekata

3.            Menhilangan sembap dan tompok hitam pada mata. Tak kira betapa cantiknya diri anda, jika mata anda seperti panda, anda kelihatan seperti mayat. Hilangkan tompok hitam itu dengan minyak biji anggur

4.            Melembapkan dan melembutkan kulit seperti bayi

5.            Anti Penuaan. Istilah tua ditakuti semua wanita. Anda ada essential oil Najlaa, ia melawan penuaan

6.            Menumbuhkan rambut lebih cepat. Kandungan Vitamin E, Proteins, Minerals dan Linoleic Acids menggalakkan penumbuhan rambut baru

7.            Melembapkan kulit kepala dan rambut. Oleh itu rambut anda tidak mengerbang, frizzy dan pecah serta mudah patah

8.            Panaskan Essential Oil Najlaa yang mengandungi, minyak biji anggur ini suam –suam kuku dan sapu pada rambut. Rambut lebih kuat, bersinar dan cantik

MANFAAT MINYAK BUNGA MATAHARI

 


Sunflower merupakan minyak sihat yang dikenali ramai. Minyak ini mengandungi sebatian linoleic acid, oleic acid dan palmitic acid. Serta lecithin, carotenoids, tocopherols, selenium  dan Vitamin A, B, D dan E. Herbal Oil Najlaa dan Essential Oil Najlaa mengandungi minyak ini. Manfaat minyak Sunflower:

1.            Sunflower Oil merupakan antioxidant , ia mengandungi tocopherols yang menentang tindak balas free radicals. Oleh itu ia menjaga kulit anda dari penuaan dan pencetus kanser

2.            Sunflower Oil mengandungi proteins, oleh itu ia membantu membina tisu kulit yang rosak. Selain itu ia mengandungi folate, yang membantu menghasilkan sel sel kulit baru. Ini memberi manfaat kepada luka,parut dan strechmarks

3.            Memelihara daripada jangkitan. Sunflower membentuk satu lapisan atas kulit yang menhalang jangkitan. Ianya bagus untuk bayi pramatang yang kulitnya masih fragile

4.            Didapati berkesan menangani jerawat, eczema, radang dan iritasi

5.            Melembapkan dan memerangkap kelembapan pada kulit. Ini memberi manfaat besar kepada mereka yang kulit kering dan sensitif

6.            Mengandungi Vitamin E yang sangat tinggi. Oleh itu ia membantu mengurangkan kadar kerosakkan kulit disebabkan sinar uv matahari. Menhilangkan kedutan pada kulit dan memudarkan parut.

7.            Mengandungi Beta Carotene. Kulit menjadi kurang sensitif kepada cahaya matahari dan Meneutralkan free radicals dan perosak kulit yang lain.

8.            Sebagai antioksidants yang kuat, ia melambatkan penuaan kulit, menhilangkan kedutan dan garis halus pada mata. Gunakan essential oil najlaa sebagai terapi kulit dan mata

9.            Melembapkan dan melembutkan rambut. Oleh itu rambut anda tampil cantik menawan, tidak frizzy, kering dan mengerbang.

10.         Rambut mudah diurus dan tidak mudah pecah (split end)

11.         Mengandungi Gamma Alpha Linoleic Acid, yang mana sebatian ini memelihara rambut daripada menjadi nipis. Oleh itu Sunflower oil rawatan berkesan untuk rambut luruh, botak dan alopecia

MANFAAT KOLAGEN

Serum Najlaa telah diperkayakan dengan kolagen ikan untuk memenuhi keperluan wanita dan para ibu dalam mengekalkan kecantikkan dan kejelitaan mereka, tanpa dimamah usia.


Apa itu Kolagen?

Tisu penhubung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, ligament, otot, sendi tendon dan sebagainya. 72% kulit manusia terdiri dari kolagen.Kolagen banyak membantu mengekalkan kecantikkan dan kesihatan. Badan yang muda, anti penuaan.

Pada usia 25 tahun, kolagen kulit mula susut sebanyak 1.5% dan meningkat dengan pertambahan usia, Sehingga usia 45, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semula jadi. Tanpa langkah langkah penjagaan, manusia menjadi tuadan sakit.

 

Kesan Kesan Kehilangan Kolagen

Garis garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, garis halus pada leher, payudara pungong lentur, rambut kering bercabang, pigmentasi, jeragat, kulit tidak anjal, kelihatan tua.

Khasiat Kolagen

1.            Khasiat Kolagen Untuk Kulit Berjerawat dan Parutnya. Kolagen mempunyai sejarah kosmetik yang lama, terutama dalam merawat/menghilangkan parut dan kesan jerawat. Dan pada masa yang sama menghilangkan kesan kedut pada muka dan mencerahkan kulit muka.

2.            Khasiat Kolagen Untuk Kulit Kering. Kolagen sudah lama diamalkan untuk mengembalikan kelembapan kulit dan mengelakkan daripada masalah kulit kering. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesihatan kepada kuku dan rambut.

3.            Khasiat Kolagen Untuk Rambut. Setiap helaian rambut anda mengandungi kolagen, dan bahan ini memainkan peranan yang penting untuk menjaga kesihatan rambut secara umum. Namun, oleh kerana faktor- faktor yang tertentu, kadar kolagen akan berkurangan dan menyebabkan masalah keguguran rambut.

FUNGSI VITAMIN A, C, E

 


Hampir semua produk Najlaa Baby Skincare diperkayakan dengan Vitamin A, C, E. Mengapa kami memilih vitamin-vitamin ini ke dalam produk. Berikut adalah manfaatnya pada kulit :

1)         Manfaat Vitamin A untuk kulit

Berikut ini merupakan manfaat vitamin A bagi kulit:

              Vitamin A merupakan salah satu antioksidan utama yang mampu meneutralkan radikal bebas. Dengan demikian, vitamin A bermanfaat untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan dini akibat radikal bebas.

              memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel kulit.

              Mencegah dan mengatasi infeksi.

Kesan kekurangan vitamin A pada kulit antara lain menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar, serta luka susah sembuh. Makanan yang banyak mengandung vitamin A antara lain hati sapi, minyak ikan, daun pepaya, sawi, kangkung, bayam, ubi jalar merah, mentega, susu, mangga, melonkuning telur, pepaya, belut etc

2)         Manfaat Vitamin C untuk kulit

Vitamin C merupakan vitamin yang paling penting bagi sistem kekebalan tubuh serta pembentukan sel-sel dan kolagen. Vitamin C memiliki banyak fungsi, antara lain mencegah infeksi, mencegah kanser, mencegah penyakit jantung, dan membantu penyerapan kalsium. Selain manfaat yang tadi, ternyata vitamin C juga bermanfaat untuk kulit, diantaranya:

              Bersama protein, berperanan penting bagi penghasilan kolagen.

              Mengatur glandula sabasea (kelenjar minyak) untuk menjaga kulit dari kekeringan.

              Membantu mencegah munculnya garis-garis halus dan kedut serta varises halus.

              Berperanan dalam penyembuhan luka dan kekukuhan jaringan kulit.

              Berperanan penting dalam ketahanan tubuh terhadap infeksi.

Masalah kulit yang dapat timbul akibat kekurangan vitamin C, antara lain kulit menjadi kering, kasar, dan gatal, serta warna merah kebiruan di bawah kulit. Makanan yang banyak mengandungi vitamin C beri, tomato, Limau, manga nenas etc

3)         Manfaat Vitamin E untuk kulit

Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang membantu tubuh melawan radikal bebas. Itulah sebabnya, vitamin E sangat penting kepada kulit

              Melindungi tubuh dan kulit dari kerosakkan radikal bebas.

              Membantu melembapkan kulit.

              Memperbaiki keanjalan kulit.

              Mengurangi kedut kedut

Makanan yang  mengandung vitamin E, antara lain minyak tumbuh-tumbuhan, biji-bijian, kacang-kacangan, avokado, sayuran, dan buah-buahan. Vitamin E mudah rusak oleh pemanasan, seperti proses penggorengan.

Monday, 30 September 2024

MANFAAT KESIHATAN CENGKEH

Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves, adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka. Herba ini mempunyai begitu banyak manfaat. Oleh itu Najlaa Baby Skincare menggunakan Cengeh sebagai bahan campuran produk:

  • Selain menyedapkan masakan, cengkih dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli) 
  • Digunakan untuk sihatkan badan dan menjaga penglihatan dari rabun oleh sesetengah individu.
  • Cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mengandungi eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.

  • Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.
  • Penyelidik Jepun mendapati, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.
  • Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. 
  • Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.
  • Selain itu, cengkih juga digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.
  • Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan vitamin C, K dan A.
  • Cengkih dapat menghilangkan bau mulut 
  • Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak. 
  • Ada juga yang menggunakan cengkih untuk mengubati batuk 
  • Cengkih juga berguna untuk mengusir nyamuk dan semut. 
  • Malah, cengkih juga dikatakan berkesan sebagai perangsang seksual atau menaikkan syahwat untuk lelaki.

Najlaa Baby Skincare menghasilkan produk-produk penjagaan yang menyelesaikan banyak masalah kesihatan. Dimana ia direka khas menggunakan herba-herba perubatan untuk merawat kesihatan anda secara alami. InsyaAllah.

MANFAAT PEPPERMINT OIL (PUDINA)

Pudina atau asa merupakan sejenis tumbuhan herba dalam genus Mentha keluarga Lamiaceae.Nama pudina (Jawi: ‏ڤودينا‎‎) dipinjamkan daripada perkataan Hindi: पुदीना, rumi: pudīna daripada kata-kata bahasa Parsi پودنه pudna atau پونه puna yang dipakai kepada spesies Mentha pulegium. Sebanyak 13 hingga 24 spesies berbeza dikirakan daripada genus ini. Daun-daunnya mengandungi bahan mentol yang mencetuskan tindak balas kimia dan memberikan rasa nyaman apabila dihidu, dimakan atau disapu pada kulit.

Di antara manfaat perubatan minyak peppermint oil ialah:

  • Ubat tahan sakit semula jadi . Melegakan sakit belakang, sakit otot dan sakit kepala
  • Penjagaan salur pernafasan. Untuk Sakit tengkuk, hingus, hidung berair, asma, bronchitis, resdung
  • Meredakan sakit sendi
  • Mengurangkan rasa lapar. Sapu sebelum makan
  • Menjadikan orang lebih aktif dan segar. Boleh digunakan oleh mereka yang keletihan
  • Mengurangkan symptom allergic
  • Meningkatkan konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak ADHD. Sapukan dihidung
  • Mengurangkan rasa gatal akibat allergy atau ruam-ruam
  • Menurunkan suhu orang demam
  • Racun serangga semulajadi yang selamat.
  • Menenangkan kulit yang radang seperti psoriasis dan eczema
  • Bersifat anti mikrob. Bagus untuk mengecutkan jerawat
  • Melegakan sakit kepala
  • Bagus untuk system pencernaan. Merawat kejang kolon, merelaks kan intestine, kembong perut, rasa mual dan angin
  • Menyegarkan bau nafas dan mengurangkan kaviti gigi
  • Membantu menstabilkan hormone pesakit PCOS
  • Anti Kanser
Najlaa Baby Skincare menghasilkan produk-produk penjagaan yang menyelesaikan banyak masalah kesihatan. Dimana ia direka khas menggunakan herba-herba perubatan untuk merawat kesihatan anda secara alami. InsyaAllah.

MANFAAT SHEA BUTTER DALAM HERBAL CREAM NAJLAA

  Shea butter adalah produk kecantikan alam yang luar biasa, dihasilkan daripada lemak kacang Shea dari Afrika. Shea butter adalah kandungan...