Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves, adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka. Herba ini mempunyai begitu banyak manfaat. Oleh itu Najlaa Baby Skincare menggunakan Cengeh sebagai bahan campuran produk:
- Selain menyedapkan masakan, cengkih dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli)
- Digunakan untuk sihatkan badan dan menjaga penglihatan dari rabun oleh sesetengah individu.
- Cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mengandungi eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.
- Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.
- Penyelidik Jepun mendapati, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.
- Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan.
- Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.
- Selain itu, cengkih juga digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.
- Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan vitamin C, K dan A.
- Cengkih dapat menghilangkan bau mulut
- Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak.
- Ada juga yang menggunakan cengkih untuk mengubati batuk
- Cengkih juga berguna untuk mengusir nyamuk dan semut.
- Malah, cengkih juga dikatakan berkesan sebagai perangsang seksual atau menaikkan syahwat untuk lelaki.
No comments:
Post a Comment