Monday, 30 September 2024

MANFAAT KESIHATAN CENGKEH

Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves, adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka. Herba ini mempunyai begitu banyak manfaat. Oleh itu Najlaa Baby Skincare menggunakan Cengeh sebagai bahan campuran produk:

  • Selain menyedapkan masakan, cengkih dikatakan membantu meningkatkan kesihatan dalam penyediaan makanan. Misalnya, kajian di Universiti Kansas di Amerika Syarikat berkaitan rempah mendapati, cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E. Coli) 
  • Digunakan untuk sihatkan badan dan menjaga penglihatan dari rabun oleh sesetengah individu.
  • Cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanfaat kepada bidang kesihatan. Kajian mengenai rempah ini mengandungi eugnol yang dimilikinya dapat mencegah pembekuan darah dan dapat membantu mencegah strok.

  • Cengkih turut digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Malah, pengambilannya membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisme tubuh mampu meningkat.
  • Penyelidik Jepun mendapati, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang akhirnya menyebabkan barah.
  • Dalam perubatan Cina pula, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. 
  • Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan tekanan.
  • Selain itu, cengkih juga digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.
  • Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum juga mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan vitamin C, K dan A.
  • Cengkih dapat menghilangkan bau mulut 
  • Zaman dahulu, cengkih juga lazim digunakan untuk mengubati penyakit campak. 
  • Ada juga yang menggunakan cengkih untuk mengubati batuk 
  • Cengkih juga berguna untuk mengusir nyamuk dan semut. 
  • Malah, cengkih juga dikatakan berkesan sebagai perangsang seksual atau menaikkan syahwat untuk lelaki.


MANFAAT PEPPERMINT OIL (PUDINA)

Pudina atau asa merupakan sejenis tumbuhan herba dalam genus Mentha keluarga Lamiaceae.Nama pudina (Jawi: ‏ڤودينا‎‎) dipinjamkan daripada perkataan Hindi: पुदीना, rumi: pudīna daripada kata-kata bahasa Parsi پودنه pudna atau پونه puna yang dipakai kepada spesies Mentha pulegium. Sebanyak 13 hingga 24 spesies berbeza dikirakan daripada genus ini. Daun-daunnya mengandungi bahan mentol yang mencetuskan tindak balas kimia dan memberikan rasa nyaman apabila dihidu, dimakan atau disapu pada kulit.

Di antara manfaat perubatan minyak peppermint oil ialah:

  • Ubat tahan sakit semula jadi . Melegakan sakit belakang, sakit otot dan sakit kepala
  • Penjagaan salur pernafasan. Untuk Sakit tengkuk, hingus, hidung berair, asma, bronchitis, resdung
  • Meredakan sakit sendi
  • Mengurangkan rasa lapar. Sapu sebelum makan
  • Menjadikan orang lebih aktif dan segar. Boleh digunakan oleh mereka yang keletihan
  • Mengurangkan symptom allergic
  • Meningkatkan konsentrasi dan kecerdasan kanak-kanak ADHD. Sapukan dihidung
  • Mengurangkan rasa gatal akibat allergy atau ruam-ruam
  • Menurunkan suhu orang demam
  • Racun serangga semulajadi yang selamat.
  • Menenangkan kulit yang radang seperti psoriasis dan eczema
  • Bersifat anti mikrob. Bagus untuk mengecutkan jerawat
  • Melegakan sakit kepala
  • Bagus untuk system pencernaan. Merawat kejang kolon, merelaks kan intestine, kembong perut, rasa mual dan angin
  • Menyegarkan bau nafas dan mengurangkan kaviti gigi
  • Membantu menstabilkan hormone pesakit PCOS
  • Anti Kanser

Saturday, 28 September 2024

KHASIAT KESIHATAN MINYAK LAVENDER

Lavender  ialah sejenis tumbuhan berbunga daripada 39 spesies genus Lavandula dalam keluarga Lamiaceae. Spesies-spesies ini tumbuh asli dari Tanjung Verde dan Kepulauan Canaria, menyeberang utara ke utara dan timur Afrika, Eropah Mediterranean, barat daya Asia ke tenggara India. Baby Balm dan Herbal Oil Najlaa dirumus menggunakan puluhan jenis herba-herba perubatan. Salah satunya, ektraks minyak lavender. Berikut 6 khasiat kesihatan minyak bunga Lavender:

1) Kemurungan dan Tekanan:

Kandungan minyak lavender dal Balm dan Herbal Oil Najlaa merehatkan badan dan minda, dengan mengurangkan hormon stress

2) Imsomnia:

Jika anda ada masalah insomnia, apnea, atau tidur yang tidak lena, ia memberi kesan serius pada hidup. Bau Lavender boleh membantu untuk mengosongkan fikiran anda daripada pemikiran negatif atau kekacauan, dan tidur nyenyak.

3) Anti-Radang :

Lavender mengandungi antioksida yg kuat dan bersifat anti radang. Kandungan lavender dalam Balm dan Herbal oil Najlaa membantu mengurangkan keradangan pada seluruh badan dan otot.

4) Penjagaan kulit:

Lavender membantu melegakan penyakit kulit kronik, seperti psoriasis, ekzema, dan juga jerawat

5) Keupayaan antiseptik:

Lavender membantu menyembuhkan luka dengan cepat , juga mengelakkan jangkitan pada luka. Ini merupakan satu penggunaan popular lavender sejak zaman purba.

5) Sakit jantung:

Kandungan antioksida Lavender membantu mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan ketegangan saluran darah. Ini boleh mencegah aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular yang lain, mengurangka risiko strok dan serangan jantung. Titiskan Herbal oil najlaa pada tapak tangan, buat begini  ✊dan sedut melalui celah ibu jari.

6) Kembung dan masalah penghadaman:

Polifenol dalam lavender membantu mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya dalam usus. Ini akan mencegah pengumpulan gas di dalam usus daripada pelepasan bakteria. Mengurangkan ketidakselesaan perut, kembung, dan kekejangan otot perut. Untuk mengelakkan bayi kembung, urut kaki perut dan belakang bayi dengan herbal oil atau balm najlaa selepas mandi.


Friday, 27 September 2024

KHASIAT KUNYIT DALAM PRODUK NAJLAA

Kunyit (Jawi: ‏كوڽيت‎‎), temu kunyit (Jawi: تمو کوڽيت) dan temu kuning (Jawi: تمو کونيڠ; nama saintifik: Curcuma Longa) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga temu-temuan. Ia merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan. Selain kegunaan dalam masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu, daun serta bunga kunyit memang digemari sebagai ulam oleh sesetengah masyarakat Melayu.

Produk Najlaa mempunyai kunyit. Manfaat herba zaman purba ini telah diakui diseluruh dunia. Di antara manfaat kunyit yg terdapat dalam produk najlaa:

1.Menyembuhkan Luka

Kunyit mempunyai ciri-ciri anti-bakteria yang membantu merawat luka dan mempercepatkan penyembuhan, serta mencegah jangkitan.

Boleh sapukan luka dengan serum najlaa yang dirumus menggunakan kunyit serta herba herba lain yang turut memberi manfaat kesihatan pada kulit

2. Membantu Merawat Kanser Kulit

Kanser kulit adalah berpunca daripada sinar UV, bahan kimia dan genetik. Kanser kulit menyebabkan luka luka dan keradangan serta menjejaskan penampilan seseorang.

Kunyit mempunyai antioksidan yang kuat iaitu Curcumin yang membantu mengurangkan pertumbuhan sel-sel tumor kulit.

Apabila kunyit disapu pada kulit, ia mengurangkan keradangan dan sakit. Boleh gunakan serum Najlaa.

3. Membantu Merawat Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit radang biasa berpunca daripada disfungsi sistem imun atau "autoimmune diseases ".

Psoriasis menyebabkan luka-luka pada kulit dan tompok tompok putih. Ia biasanya kelihatan pada siku, lutut, kulit kepala, belakang telinga dan leher.

Curcumin dalam kunyit, apabila dimakan sangat berkesan dalam meningkatkan sistem imun dan mengurangkan gejala psoriasis.

Menyapu Serum Najlaa yang mengandungi kunyit pada luka-luka psoriasis membantu mengurangkan kesakitan, keradangan dan masalah-masalah lain.

4. Membantu dalam Merawat Ekzema

Ekzema adalah istilah yang menerangkan kulit bengkak, lebam, gatal-gatal, kemerahan dan keradangan pada kulit.

Juga, dipanggil dermatitis, ekzema biasanya berpunca oleh iritasi, tekanan, alergen, genetik atau penyakit lain. Ia tidak berjangkit.

Kunyit terbukti secara saintifik berkesan dalam merawat ekzema dengan mengurangkan kerengsaan kulit, ruam, gatal-gatal, bengkak, keradangan dan kemerahan.

5. Membantu mengecutkan Jerawat

Jerawat adalah salah satu daripada masalah kulit yang menjejaskan kehidupan berjuta-juta orang.

Jerawat boleh merosakkan penampilan dan boleh menjejaskan kerja dan kehidupan sosial. Rawatan menggunakan serum najlaa boleh memberi manfaat kepada jerawat.

Kunyit mengandungi bahan pembunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan mengurangkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum.


MANFAAT ALOE VERA DALAM PRODUK NAJLAA

Aloe vera telah digunakan untuk pelbagai tujuan sejak Mesir purba digelar "kilang keabadian."Aloe vera adalah tumbuhan kaktus yang tergolong dalam keluarga Liliaceae. Ia tumbuh di kawasan iklim kering seperti Afrika dan India dan digunakan dalam perubatan selama berabad-abad.

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengkaji manfaat aloe vera dan didapati aloe vera berkesan dalam merawat kulit kering, luka dan terbakar, jangkitan kulit yang kecil, sista, ekzema, herpes kemaluan, kelemumur, psoriasis, sariawan, ulser kulit dan lain-lain.

Berikut adalah 7 manfaat menggunakan gel aloe vera:

1. Merawat "Sunburn"

Aloe Vera membantu sunburn melalui aktiviti penyembuhan yang kuat di peringkat epitelium kulit, lapisan sel yang meliputi badan. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Kandungan antioksidanya, menyembuhkan kulit dengan cepat.

2. Ia bertindak sebagai pelembap.

Aloe Vera melembapkan kulit tanpa memberikan rasa berminyak. Mengelakkan pengeringan kulit.

3. Ia merawat jerawat.

Aloe vera gel mengandungi dua hormon: auksin dan Gibberellins. Kedua-dua hormon menyediakan penyembuhan luka dan anti-radang yang mengurangkan keradangan kulit. Giberellin dalam aloe vera bertindak sebagai hormon pertumbuhan merangsang pertumbuhan sel-sel baru. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan parut yang minimum.

Aloe adalah menenangkan dan boleh mengurangkan radang kulit, melepuh dan gatal, di samping membantu kulit untuk sembuh dengan lebih cepat. Selain itu, dalam bidang perubatan Ayurvedic, Aloe digunakan untuk menyembuhkan masalah kulit kronik seperti psoriasis, jerawat dan ekzema secara berkesan.

4. Ia melawan penuaan.

Apabila kita semakin tua, semua orang mula bimbang tentang kemunculan garis-garis halus dan kehilangan keanjalan pada kulit mereka. Aloe Vera mengandungi pelbagai jenis antioksidan termasuk beta karotena, vitamin C dan E yang dapat membantu meningkatkan ketegangan semulajadi kulit dan hidrasi.

5. Mengurangkan stretch mark.

Kulit bersifat elastik. Namun jika kulit tertarik terlalu jauh, terlalu cepat (disebabkan oleh mengandung, obesiti) keanjalan kulit boleh rosak. Itulah yang menyebabkan stretch mark hodoh. Aloe vera gel membantu menhilangkan stretch mark.

6. Ia kaya nutrien untuk kesihatan yang baik.

Aloe Vera mengandungi lebih daripada 75 nutrien termasuk vitamin, mineral, enzim, gula, anthraquinones atau sebatian fenolik, lignin, saponin, sterol, asid amino dan asid salisilik.

7. Ia melegakan penyakit periodontal.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology, ia amat berguna dalam rawatan penyakit gusi seperti gingivitis, periodontitis. Ia mengurangkan pendarahan, keradangan dan bengkak pada gusi.

8. Ia merupakan anti-septik dan anti-kulat yang sangat membantu dalam masalah Vesicular gigi palsu, retak dan ulser mulut.


MANFAAT HALIA KEPADA KESIHATAN

Halia atau Jahe (dalam bahasa Indonesia) merupakan tumbuhan perubatan yang terkenal sejak zaman purbakala. Nama saintifik halia ialah, Zingiber Officinale, selalu digunakan dalam masakkan. Terdapat tiga jenis yang lazim dijual di pasaran iaitu:

  • Halia gajah/badak: yang paling disukai di pasaran antarabangsa. Bentuknya besar gemuk dan rasanya tidak terlalu pedas. Isi rimpang berwarna kuning hingga putih.
  • Halia kuning: yang banyak dipakai sebagai bumbu masakan. Rasa dan aromanya cukup tajam. Ukuran rimpang sedang dengan warna kuning.
  • Halia merah: mengandungi minyak pati tinggi dan rasa paling pedas, sehingga cocok untuk bahan dasar farmasi dan jamu. Bahkan digunakan pula sebagai pengawet semulajadi di industri makanan kerana bersifat antibakteria membasmi bakteria patogen dan perosak makanan.[9] Ukuran rimpangnya paling kecil dengan kulit warna merah dan serat lebih besar dibandingkan dengan halia biasa.

Produk Najlaa seperti Herbal Oil, Balm, Serum mengandungi Ektraks Halia. Mengapa memilih halia? Ini kerana, Halia bersifat anti-viral, anti-bakteria, anti-parasit, anti-radang. Mengandungi potassium, Magnesium, Calcium, Zinc, Vitamin C dan B:

  1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. . Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
  2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan. Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebuah kajian kadet tentera laut, mendapati mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
  3. Pencegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa
  4. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
  5. Membantu merawat masalah Pernafasan. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
  6. Menguatkan imuniti. Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
  7. Mengurangkan Morning Sickness. Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
  8. Melansingkan badan. Kandungan sebatian didalam halia membantu melansingkan badan dengan meningkatkan metabolism badan sebanyak 5%. Ini meningkatkan pembakaran lemak 
  9. Menhilangkan bau badan. Muka cantik tetapi badan berbau, ini mengurangkan saham anda. 
  10. Membantu merawat masalah pencernaan. Kandungan Phenols dalam halia, membuang toksin dan angin dalam badan. Merawat cirit birit, sakit perut dan mual.
  11. Menangani masalah lemah tenaga batin untuk kesihatan lelaki
  12. Menhilangkan sakit sendi. Halia bersifat Anti-Athritis, Anti-Rheumatoid
  13. Merawat gejala keracunan udang seperti sakit pingang dan sakit kepala

KHASIAT KULIT KAYU MANIS

Kayu manis adalah antiseptik, tonik dan stimulan yang sangat ampuh. Kandungan kimia dari kayu manis seperti minyak asiri, safrole, sinamaldehida, tanin, flavonoid, saponin, dammar, kalsiumoksalat, triterpenoid. Secara umum, komposisi kimia dari minyak kayu manis terdiri dari sinamaldehida, sinamilasetat, salisaldehida, sinamat, benzoat, salisilat, eugenol dan metalisalisaldehida dengan komponen sinamaldehida sebagai bagian utama yang banyak dari kayu manis. Berikut adalah manfaat kesihatan kulit kayu manis:

1.Mengawal gula dalam darah. Kayu Manis Boleh Meningkatkan Sensitiviti sel Terhadap Insulin

2.Menyembuhkan bisul atau sakit-sakit kulit. Batang kayu manis mengandungi nutrient yang dapat melawan H. Pylori

3.Sumber nutrisi. Kulit batang kayu manis juga mengandungi serat, kalsium dan zat besi 

4.Menyuburkan kandungan. Kulit batang kayu manis mengandungi cinnamaldehyde mampu meningkatkan progesteron dan menurunkan testoteron. Wanita menjadi lebih subur.

5.Melancarkan haid. Mampu menyeimbangkan hormon reproduksi, batang kayu manis juga dapat memperlancar kitaran haid. 

6.Menurunkan kolesterol. Kulit batang kayu manis dipercaya mampu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah tanpa menurunkan kadar kolesterol baik (HDL).

7.Arthritis . Penelitian yang dilakukan oleh Department Of Internal Medicine menunjukkan bahwa kayu manis dapat meredakan arthitis 

8.Menangani masalah neuro degenerative. Journal University Of Texas menyebutkan bahwa ekstrak batang kayu manis dapat menangani masalah neuro degeneratif, termasuk alzheimer, parkinson, multiple sclerosis, tumor otak dan meningitis. Hal ini dikarenakan kayu manis mengandung sitokinin dalam jumlah yang cukup.

9.HIV. Manfaat batang kayu manis lainnya yang sangat jarang diketahui adalah untuk melawan virus HIV. Jounal University Of Texas juga menyebutkan bahwa,  ‘ekstrak yang paling efektif  terhadap HIV-1 dan HIv-2 masing-masing adalah ekstrak batang kayu manis atau cinnamon dan cardiospermum helicacabum’.

10. Menyehatkan pembuluh darah

11. Meredakan batuk

12. Anti infeksi, Anti mikrob. Cinnamaldehyde, iaitu komponen utama di dalam kayu manis, boleh melawan pelbagai jenis jangkitan.Minyak kayu manis sudah menunjukkan bahawa ia boleh merawat jangkitan kulat pada saluran pernafasan.Pada masa yang sama, kayu manis turut  mencegah pembiakan sesetengah bakteria seperti Listeria dan Slamonella.

13. Dari sudut lain, kayu manis boleh mencegah gigi dari mereput dan mengurangkan nafas berbau.

14. Menurunkan berat badan

15. Mengubati cirit birit

16. Mengubati dan membersihkan gigi

17. Menambah nafsu makan

18. Mengubati hernia

19. Mengubati asma

20. Mengubati sakit urat

21. Menurunkan tekanan darah

22. Mengatasi sakit kepala

23. Mengurangi rasa mual dan muntah

24. Menenangkan pikiran

Itulah manfaat kesihatan kulit kayu manis. Namun harus hati-hati, Pada sebagian orang, batang tanaman ini mungkin dapat menimbulkan alergi yang ditandai dengan ruam merah atau luka pada bibir.


Thursday, 26 September 2024

KHASIAT KUNYIT HITAM

 


Kunyit Hitam dikenali sebagai Kunyit Wulung di Indonesia atau Kali Haldi di India, nama saintifiknya Curcuma caesia, atau dipanggil black turmeric or black zedoary berasal dari India. Penyelidikan minyak rizom meruap Curcuma caesia menghasilkan 30 komponen, mewakili 97% minyak, dengan camphor (28%), ar-turmerone (12%), (Z)-ocimene (8%), ar-curcumene (7%), 1,8-cineole (5%), element (5%), borneol (4%), bornyl acetate (3%) dan curcumene (3%) sebagai juzuk utama.Penyelidikan lain menunjukkan difenilalkanoid, derivatif alilbenzena, terpenoid, flavonoid, steroid dan alkaloid sebagai juzuk utama.

Berikut sedikit info tentang Kunyit Hitam:

1. Kunyit ini mempunyai misterinya tersendiri, dikatakan bernilai sama dgn emas dialam bunian. Kunyit ini seperti tebu hitam dapat menyerap aura negatif makhluk halus.

2. Bersifat antibakteria dan antivirus sesuai utk penyakit kulit akibat jangkitan kuman spt kudis dan kusta.

3. Digunakan spt pilis, disapu pada dahi dan perut wanita selepas bersalin di India. Utk mengelakkan angin meroyan.

4. Membuang lemak2 pada perut

5. Kandungan antioksidanya yg tinggi, menyebabkan kunyit ini bagus dalam melawan kanser dan bersifat anti penuaan atau awet muda.

6. Menambah ketahanan badan kepada pesakit HIV , ambil spt suplemen.

7. Disapu pada luka, cepat kering. Disapu pada sakit sakit sendi atau arthritis cepat hilang sakitnya.

Moga Maklumat ini memberi manfaat. Kami di Najlaa Baby Skincare berusaha membiakkan kunyit hitam ini secara tersembunyi kerana sering dicari pemburu herba misteri. Dan ektraks kunyit ini dijadikan Balm utk kegunaan kesihatan masyarakat. Kunyit ini bukan selalunya ada.


Monday, 23 September 2024

MANFAAT HERBA BONGLAI DALAM PRODUK NAJLAA

Bonglai merupakan herba yang terkandung dalam 4 produk bayi Najlaa iaitu Serum, Baby Balm, Herbal Cream dan Herbal Oil. Bonglai tumbuh dengan subur di Asia Tropika, iaitu dari China, India, Thailand dan Malaysia sehingga ke Indonesia.

Nama saintifik bonglai ialah “Zingiber cassumunar” dalam famili “Zingiberaceae”. Ia juga dikenali dengan nama “bangle” (Jawa), mengkulai, “banggale” (Bali), “padhiyang” (Madura) dan “plai” (Thailand).

Mengapa Najlaa memilih bonglai sebagai herba perubatan dalam produknya. Laporan kajian menemui kehadiran bahan aktif zerumbone yang tinggi dalam rizom pokok bonglai . Zerumbone penting bagi aktiviti anti-tumor dan anti-radang, anti-kanser, anti-oksidan, anti-ulser.Banyak bahan aktif lain ditemui seperti kebanyakkan tumbuhan herba seperti flavanoids, alkaloids, steroids penting sebagai analgesik, antineuralgik, antikeradangan, antiseptik, antipasmodik, antireumatik, antitoksik, antivirus, karminatif pencernaan, diuretik, fabrifuj, laksatif, rubefasien rangsangan, stomakik, tonik dan vermifuj.

Ekstrak pokok bonglai menemukan pelbagai aktiviti famakologi seperti anti-mikrobial, anti-oksidan, anti-histaminic.

Berikut adalah khasiat Bonglai untuk kesihatan:

1) Bersifat anti-inflamasi yang mengurangkan merah merah akibat keradangan.

2) Bersifat analgesik yang dapat mengurangkan rasa sakit

3) Bersifat karminatif, untuk mencegah perut kembung.

4) Melancarkan sistem pencernaan, membantu mengatasi masalah sembelit.

5) Membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala.

6) Bersifat anti reumatik, bagus utk sakit sendi dan sakit urat.

7) Menhilang dan mengurangkan bau badan yang busuk akibat peluh ataupun hormon tak stabil.

8) Kandungan antioksidanya mencegah penuaan. Ia turut membantu mengekalkan kelembapan kulit serta merawat jerawat.

9) Bersifat anti-piretik, herba ampuh dalam merawat demam. Ia membantu menurunkan suhu badan.

10) Bonglai antara tumbuhan yg ditakuti jin. Dipercayai masyarakat dapat mengusir setan, merawat sawan tangis atau gangguan pada bayi.

11) Bagus untuk kanak kanak bagi merawat kecacingan dan batuk berkahak.

Begitu banyak sekali manfaat bonglai yang terdapat dalam produk bayi najlaa. Tidak hairan lah produk ini popular di kalangan ibu ibu dan diterima baik masyarakat


Saturday, 21 September 2024

MANFAAT MINYAK BUAH PALA (NUTMEG)

Buah pala atau pala (Jawi: ‏بواه ڤالا‎‎ atau ڤال‎) ialah satu genus tumbuhan tropika yang pokoknya malar hijau dalam Myristica. Ia berasal dari Asia Tenggara dan Australasia. Nama buah ini meminjam dari bahasa Sanskrit फल phala "buah" melalui bahasa Jawa, ia sepunca dengan perkataan "pahala".

Baby Balm dan Herbal Oil Najlaa merupakan produk bayi paling Trending masa kini. Manfaat kesihatannya diakui segenap masyarakat. Salah satu kandungan Baby balm dan Herbal Oil ialah ektraks buah pala. Minyak Buah Pala turut dikenali sebagai muscdier, muskatbaum, myristica dan noz moscada. Manfaat kesihatan minyak buah pala termasuk:

  • keupayaan untuk merawat tekanan (stress)
  • mengurangkan sakit senggugut, 
  • menangani masalah jantung, 
  • membantu masalah pencernaan, seperti sakit perut, angin, muntah
  • mengurangkan tekanan darah tinggi, 
  • membantu masalah respiratori atau pernafasan. Seperti batuk, selsema, asma, sesak nafas
  • Bagus untuk penjagaan gigi. Menhilangkan nafas yang berbau. 
  • menyembuhkan kembong perut
  • Sedative berkesan. Oleh itu ia membantu mengurangkan rasa sakit pada otot dan sendi. Serta meredakan bengkak dan benjol
  • Merupakan stimulant. Menjadikan minda lebih segar, badan yang selesa dan melancarkan pengaliran darah
  • Tonik otak yang bagus.Mengurangkan tekanan, kerisauan. Meningkatkan konsentrasi dan kemampuan belajar
  • Mendetoks hati dengan membuang toksin-toksin 
  • Bagus untuk melancarkan buah pingang dan merawat batu karang
  • Manfaat kesihatan minyak buah pala dikaitkan dengan ciri-ciri perubatan yang terkandung didalamnya seperti peranan sebagai sedatif, anti-radang, antiseptik, dan antibakteria serta memberi kesan relaxing.
  • Produk yg Hebat, Dicipta daripada Bahan Bahan yg mempunyai khasiat perubatan yg Hebat 


Friday, 20 September 2024

KHASIAT HERBA GAULTHERIA PROCUMBENS

Gaultheria procumbens, juga dikenali sebagai teaberry timur, checkerberry, boxberry, atau wintergreen Amerika, ialah spesies Gaultheria yang berasal dari timur laut Amerika Utara dari Newfoundland barat ke tenggara Manitoba, dan selatan ke Alabama.Ia adalah ahli keluarga dari Ericaceae.

Minyak yang diektraks dari daun Gaultheria Procumbens ini sangat bermanfaat pada dunia perubatan. Kandungan sebatiannya termasuk enzyme Methyl Salicylates mempunyai banyak khasiat, fungsinya sama seperti aspirin. Disebabkan manfaatnya yang banyak ektraks pohon ni telah digunapakai dalam penghasilan produk bayi Najlaa Baby Skincare: 

  • Merupakan ubat penahan sakit semulajadi, anti-athritis dan rheumatoid. Apabila di sapu di kawasan sakit, menjadi kebas dan kurang sakit. Bagus untuk otot kejang, sakit otot, terpelecok.
  • Melancarkan pengaliran darah dan memberi rasa sejuk (cool sensation). 
  • Membuka rongga hidung, membolehkan kita bernafas lebih dalam dan segar
  • Mengurangkan bengkak, iritasi dan benjol
  • Membaikpulih system pencernaan, seperti kembong perut, angin, senak perut, sakit perut, dan rasa mual.
  • Membantu merawat sakit sendi, sakit tulang, sakit kepala, sakit saraf dan senggugut.
  • Bersifat anti-radang. Oleh itu ia sangat membantu dalam merawat sakit tekak, asma, batuk selsema dan masalah urinary
  • Bersifat anti bakteria, virus dan fungi. Bagus digunakan untuk penyakit jangkitan mikrob termasuk jerawat. Serta boleh di spray sekeliling rumah.
  • Boleh digunakan untuk merawat kelemumur
  • Kemampuannya, untuk menambah kapasiti pernafasan dan mengurangkan rasa sakit. Menjadikan ia alat bantu stamina yang baik.
  • Boleh mengurangkan rasa lapar
  • Kebolehan menhilangkan bau busuk dan sifatnya yang anti bakteria, bugus digunakan untuk penjagaan gigi. Dicampur dengan ubat gigi atau dijadikan mouthwash

KHASIAT ROSEMARY YANG MENAKJUBKAN

Rosmarinus Officinalis  atau Rosemary (nama saintifik : Salvia rosmarinus) adalah tumbuhan herba daripada keluarga Lamiaceae berasal dari kawasan Mediterranean benua Eropah.Tumbuhan ini ditanam terutamanya sebagai herba pelbagai guna dalam masakan dan ubatan tetapi juga untuk tujuan hiasan taman atau kebun. Tumbuhan ini dikatakan dapat meningkatkan memori.

Nama herba ini serapan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda meminjam bahasa Latin rōs marīnus bermaksud "embun laut". Rosemary sangat terkenal dalam dunia kesihatan dan kulinari. Disebabkan Herba ini mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan Romsemary telah dgunakan dalam penghasilan produk bayi Najlaa :

  • Bagus untuk system pencernaan, seperti kembong perut, senak perut, angin, sakit perut
  • Detoks hati
  • Meransang pertumbuhan folikel rambut yang kuat. Ini membantu mengelak keguguran rambut dan uban
  • Membuang kelemumur dan menghitam lebatkan rambut, lebih sihat, bersinar
  • Merupakan pembasmi kuman semulajadi, boleh dijadikan mouthwash untuk gingivitis, cavities dan masalah gigi lain
  • Sifat anti-mikrob dan antiseptic rosemary, menjadikan ia bagus utk sakit kulit, seperti eczema, dermatitis, kulit berminyak dan jerawat.
  • Melembapkan kulit, ton yang sekata dan lebih glowing
  • Tonik otak yang bagus. Meningkatkan fungsi kognitif otak dan konsentrasi, 
  • Menurunkan paras cortisol, lantas mampu mengubat stress depresi serta gejala keletihan mental.
  • Memperlahankan proses Alzheimer, nyanyuk.
  • Sebatian dalam rosemary membantu menhilangkan kesakitan, oleh itu ianya bagus untuk sakit kepala, sakit otot, rheumatoid, sakit sendi, terpelecok dan arthritis
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Antipasmodic, menjadikan Rosemary bagus dalam merawat penyakit respiratori, seperti selsema, sakit tekak, kahak.
  • Jika diambil sebagai suplemen, rosemary bagus untuk senggugut, fungsi pundi kencing, hempedu, hati, batu karang dan sebagainya


MANFAAT LEMONGRASS (SERAI)

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia.

Serai mengandungi vitamin A, B, C dan folate. Serta mineral semulajadi yang penting untuk fungsi tubuh badan seperti magnesium, phosphorous, manganese, copper, potassium, calcium, zinc dan iron. Disebabkan manfaatnya yang banyak Serai telah digunakan dalam penghasilan produk bayi Najlaa, rumusan herba eklusif untuk bayi sihat.

  • Lemongrass menguatkan folikel rambut. Kandungan anti-bakterianya menjadikan rambut berbau wangi, segar dan bersinar. Anda menderita kelemumur dan kepala gatal, sabun dengan sakura soap Najlaa.
  • Lemongrass mengandungi citral dan geraniol, dua sebatian yang bertindak sebagai racun serangga semulajadi yang selamat utuk manusia. Anda boleh sapukan herbal Oil Najlaa jika ke kawasan bernyamuk. 
  • Bau sitrus lemongrass wangi dan menenangkan. Kandungannya juga bersifat sedative hypnotic, membantu anda tidur nyenyak.
  • Melancarkan aliran darah, sealigus membantu menhilangkan sakit-sakit otot, terseliuh, cramps
  • Jika diambil sebagai suplemen, lemongrass men detoxs buah pinggang, hati dan pancreas, membersih sistem badan dan membuang toksin.
  • Melegakan sakit senggugut dan rasa mual, sakit perut, gastrik, angin dan masalah pencernaan lain.
  • Bau lemongrass yang mewangi membantu mengurangkan tekanan, stress dan lebih relaks
  • Kandungan sebatian citral dan limonene dalam lemongrass, membunuh pertumbuhan bakteria dan fungi. Ini dapat membantu mengelak jangkitan seperti ringworm, cagu dan sebagainya
  • Berkesan dalam menurunkan suhu badan orang demam
  • Limonene bersifat anti radang, ianya bagus untuk pesakit asthma, arthritis, Alzheimer dan Parkinson
  • Citral merupakan antioksida kuat yang melawan kanser, terutamanya di peringkat awal pertumbuhan kanser
  • Lemongrass juga membantu dalam melegakan selsema.


Wednesday, 11 September 2024

MANFAAT MINYAK KAYU PUTIH (EUCALYPTUS OIL)

 

Herbal Oil dan Baby Balm Najlaa di rumus menggunakan pelbagai herba. Salah satunya ialah Minyak Eucalyptus. Pokok herba Eucalyptus Globulos  ini berasal dari Australia dari keluarga  Myrtaceae, di kenali sebagai Australia Ghost Gum atau Fever tree, dalam bahasa tempatan dikenali sebagai minyak kayu putih. Najlaa memilih herba ini, kerana manfaat kesihatannya yang terlalu banyak, antaranya:

       Anti radang,mencairkan hingus, anti-septik, anti-mikrob. Criteria ini, eucalyptus oil telah di gunakan untuk inhaler, rash cream, dan mouthwash

       Bersifat Germiside Antiseptik. Oleh itu ia di gunakan untuk menyembuhkan luka, ulcer dan burn (melecur/ terbakar) serta penyakit berjangkit seperti kudis dan sebagainya.

       Sesuai di gunakan untuk mereda gigitan dan sengatan serangga dan binatang

       Sifatnya yang Anti-bakteria, Anti-Viral dan Anti Funggal, Berkesan dalam menyembuhkan penyakit respiratori atau pernafasan, seperti batuk selsema, berhingus, sakit tekak, asma, bronchitis, sinusitis (resdung)

       Eucalyptus Oil bersifat stimulant, ia boleh digunakan untuk merawat stress dan keletihan mental

       Selain itu, ia bersifat vasodilator (mengembangkan urat darah). Dengan menghidunya, lebih banyak darah dialirkan ke otak, meningkatkan keupayaan belajar, lebih relax dan menenangkan tekanan darah tinggi.

       Bersifat analgesic. Oleh itu eucalyptus oil membantu menhilangkan rasa sakit otot, rheumatoid, terpelecok, otot kejang dan sebagainya. Sapu herbal oil Najlaa di permukaan kulit yang sakit, dalam circular motion.

       Eucalyptus Oil juga bagus untuk penjagaan gigi. Kandungan germisidenya membunuh mikroorganisma pada gigi. Herbal oil Najlaa sesuai dijadikan mouthwash, dicampur tooth paste.

       Eucalyptus juga bersifat insecticide, racun serangga semulajadi.Oleh itu, herbal oil najlaa anti nyamuk, anti bug dan membunuh kutu kepala tanpa merosakkan rambut.

       Jika di minum, eucalyptus membunuh germs seperti bakteria jahat, mikrob dan parasite dalam intestine, colon.

       Selain itu dengan mengambil eucalyptus sebagai suplemen, ia membantu mengawal gula pesakit diabetes. Eucalyptus bersifat vasodilator, pengaliran darah lebih lancar, ini membantu masalah sel mati yang sering dialami pesakit diabetes.

       Pokok Eucalyptus juga terkenal sebagai “FEVER TREE”. Minyak ini dapat mengurangkan suhu badan orang yang demam. Campurkan dengan air dan spray pada badan.

PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA

Whether you're a new mom seeking a vitamin rich skincare products for your baby, or an experienced mom looking to relieve symptoms of dry itchy skin, diaper rash or eczema, the Najlaa' Baby Skincare Products are specially formulated with green and natural products to help nourish, soothe and protect baby's sensitive skin.



PRODUK PENJAGAAN BAYI NAJLAA: 

Di design khas untuk semua jenis kulit bayi, normal ataupun sensitif. Menggunakan Minyak Kelapa Dara, Herba asli, Extrak Gamat dan sebagainya. Pendekatan yang " Green and Natural from the Very Start and Baby Friendly". Produk Muslim dan Halal.


SERUM COLLAGEN
=========
*FUNGSI*
=========
💖 Penjagaan rapi kulit allergy dan eczema
💖 Mengecutkan jerawat
💖 Memudarkan jeragat
💖 Melembapkan kulit kering
💖 Merawat psoriasis
💖 Menghaluskan & melembapkan kulit
💖 Menghilangkan kedutan, anti penuaan
💖 Memulihkan & melembutkan kulit yang kering & kasar
=============
*CARA GUNA*
=============
Sapu pada kulit dan muka 2x sehari. Tak perlu guna banyak, dap dap dap sahaja dan sapu keseluruhan kulit dan muka



HERBAL OIL
==============
*KANDUNGAN* :
==============
Diperbuat dari herba asli seperti :
✅ Halia 
✅ Buah pala
✅ Serai wangi
✅ Dedaun herba                                                                                                                                  
✅ Minyak kayu putih dan pelbagai essential oil 

=============
*KEGUNAAN* :
=============
Perlindungan kepada bayi dari _TANGISAN BERPANJANGAN_ (sawan tangis)
Membantu merawat perut kembung & selsema
Digunakan untuk urutan bayi dan sengal-sengal badan
Menghangatkan badan bayi selepas mandi
Ubat tahan sakit, mengurangkan radang dan kesakitan
Menangani Morning sickness



ESSENCE RUB
==============
*KEGUNAAN* :
==============
1) Membantu masalah kaki pecah
2) Memulihkan mabuk dlm perjalanan
3) Membantu masalah demam selsema
4) Mengurangkan kesakitan dan keradangan
5) Membantu masalah pernafasan
6) Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
7) Bersifat anti rheumatiod. Mengurangkan sakit sendi
8) Meningkatkan konsentrasi, minda lebih segar
9) Mengurangkan rasa gatal gatal akibat allergy atau ruam
10) Melegakan sakit kepala
11) Mengurangkan tekanan dan kerisauan
12) Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
13) Mengurangkan bengkak dan benjol
14) Mereda gigitan dan sengatan serangga
15) Menangani masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



SOOTH CREAM (HERBAL)
==============
*KEGUNAAN* :
==============
Membantu menangani masalah ■ eczema ■ Ruam lampin ■ Gatal-gatal ■ Alahan kulit ■ Kudis ■ Panau ■ Kayap ■ Cagu 9 ■ Ruam chickenpox ■ HFMD ■ Kurap ■ Anti penuaan ■ Tumit Kaki pecah ■  Sunburn ■ Terbakar, Melecur ■ Terluka ■ Ketuat ■ Jeragat ■ Meningkatkan kolagen kulit ■ Melembap kulit kering

===========
*CARA GUNA* :
===========
Sapu kan dibahagian kulit bermasalah, sehingga menyerap ke dalam.
Kulit NORMAL boleh terus sapu herbal cream pada area kulit bermasalah
Kulit KERING, perlu lapiskan dahulu kulit dengan pelembao seperti Gel pelembap, minyak olive atau VCO, kemudian sapu herbal cream. Kekerapan sapuan mengikut keperluan pesakit. Sekurang-kurangnya 2x sehari



NOURISH LOTION
=========
*FUNGSI*:
=========
🍥 Untuk menjaga kesihatan, kelembapan dan kecantikkan kulit.
🍥 Bertindak dengan menganjalkan kulit secara semulajadi
🍥 Memudarkan parut serta cela, Memudarkan vericose vein & strecthmark
🍥 Menghalau nyamuk
🍥 Tinggi Vitamin E, menjadikan ia anti-penuaan berkuasa
============
*CARA GUNA*:
============
Sapu pada kulit selepas mandi 2x sehari. Guna bila perlu



NUTRIEN OIL
======================
*KANDUNGAN & FUNGSI*
======================
✅ *Minyak Kelapa Dara* - pelembap berkesan dan melambatkan kedutan di samping mencantikkan kulit. Untuk rambut minyak kelapa dara menyerap kedalam folikel, menggalakkan pertumbuhan rambut serta anti kelemumur. Ia juga memelihara rambut dari "split end/breakage"
✅ *Vitamin A* - Menyempurnakan proses fisiologi kulit untuk menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat & berseri
✅ *Vitamin E*- Antioksida, antipenuaan, menghilangkan parut & kedutan
✅ *Sakura Extract*- Memberi kesan wangi yang lembut & semulajadi
✅ *Minyak zaitun*- Minyak Zaitun kaya dengan biotin, niacin, Vitamin E dan D. Menjadikan ia Pelembap kulit semulajadi dan Membantu rambut tumbuh subur.
✅ *Minyak Argan*-Minyak argan merupakan minyak "emas" atau sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.
✅ *Minyak Bunga Matahari*-Mengandungi Vit ABC dan E serta kalsium potassium dan Zat Besi. Menguatkan rambut dan mengelakkan keguguran serta menggalakkan pertumbuhan 
✅ *Minyak Biji Anggur*-Mengandungi linoleic acid, protein, mineral dan Vit E yg membantu penumbuhan rambut yg sihat. Antipenuaan, Collagen booster dan menyembuhkan luka

======================
*CARA GUNA*
======================
Sapukan pada kulit dan rambut.
Untuk penggunaan rambut sepanjang Hari:  👉 Sapukan pada rambut tanpa mengenai kulit kepala.
Untuk rawatan rambut :  👉 Sapukan minyak pada rambut sehingga kulit kepala. Urut-urut kepala dengan minyak. Biarkan 1-2jam. Cuci dengan shampoo



FRESH SOAP
======================
*FUNGSI FRESH SOAP*
======================
■ Untuk meningkatkan nilai kesihatan & kecantikkan diri
■ Sesuai untuk mandian si manja & pesakit kulit seperti ekzema, kudis, kulit kering
■ Sesuai juga untuk kulit muka/badan yang berjerawat & berparut
==============
*CARA GUNA*
==============
Untuk BAYI👉 Potong sebahagian sakura soap masukkan kedalam botol, tambah air. Goncang Biarkan larut. Guna untuk cuci kepala dan badan bayi. 2x sehari
Untuk DEWASA 👉 Sabunkan muka dan badan seperti sabun biasa. 2x sehari. Cuci muka sebelum tidur juga.



KUNYIT HITAM BALM
=============
*FUNGSI*
=============
Digunakan seperti pilis, disapu pada dahi wanita dalam pantang
Membantu mengurangkan symptom asthma
Melancarkan peredaran darah
Memulihkan mabuk dlm perjalanan
Membantu masalah demam selsema
Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Membantu masalah batuk, dgn melonggarkan kahak dan mencairkan secara semulajadi
Bersifat anti rheumatiod. Membantu mengurangkan sakit sendi
Mengandungi herba bersifat Penahan sakit semulajadi yg berkesan
Bersifat anti mikroorganism. Membantu masalah jangkitan kulit
Membantu melegakan sakit kepala
Mengurangkan tekanan dan kerisauan
Membuka rongga hidung, membolehkan kita boleh bernafas lebih dalam segar
Membantu mengurangkan bengkak dan benjol
Mereda gigitan dan sengatan serangga
Membantu mengurangkan masalah resdung, mengurangkan rasa gatal gatal



MULTI WASH (SHOWER BATH)
=============
*KEGUNAAN* :
=============
- Kulit kering
- Eczema - Allergik
- Cantikkan kulit
- Melembap dan melembutkan kulit secara semulajadi
======================
*CARA GUNA*
======================
- Guna untuk mandi 
- Boleh juga utk cuci muka
- Guna untuk cuci tangan kulit sensitif
1) Guna 3-5 titis sahaja untuk memandikan bayi.
2) Boleh digunakan sebagai sabun badan dan shampoo kepala.
3) Elakkan terkena mata





(Get  Products Najlaa Today for Your Precious One )

MANFAAT HERBA DAUN SENNA


Gelenggang atau gelenggang besar (nama saintifik: Senna alata) adalah sejenis pokok berbunga dari genus Senna cabang Caesalpinioideae keluarga Fabaceae. Ia bertaburan asal di Amerika Tengah dalam kawasan Neotropika tersebar ke Asia Tenggara dan India.

Apabila terdedah pencemaran alam sekitar dan bahan kimia kulit menjadi rosak dan mendatangkan gejala gejala penyakit lain. Oleh itu, kami di Najlaa Baby Skincare. Telah menghasilkan Sakura soap, Serum dan Herbal cream menggunakan daun senna. Berikut manfaat senna kepada kulit:

1. Anti-Radang:

Minyak pati, resin dan tanin dalam senna, boleh mengurangkan keradangan kulit.

Menyembuhkan kurap, luka, ruam, gatal gatal, ekzema dan kesan terbakar.

2. Merawat Jangkitan kulit:

Kandungan anti-bakteria senna boleh membantu dalam merawat penyakit kulit seperti jerawat dan ekzema.

Kandungan Aseton dan etanol di dalam senna boleh melawan mikroorganisma yang menyebabkan jerawat,kurap, jangkitan kulat.

3. Sangat baik untuk Mengatasi Sembelit.

Kandungan senosida pada daun senna mampu mempercepat proses pencernaan dan meningkatkan peristaltik usus.

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

NAJLAA INFO CENTRE:  KLIK LINK DI BAWAH : 1-   Najlaa Baby Skincare Official     2-  Panduan Produk Najlaa   3-  Love - Quotes Najlaa   4-  ...