Friday, 27 September 2024

MANFAAT HALIA KEPADA KESIHATAN

Halia atau Jahe (dalam bahasa Indonesia) merupakan tumbuhan perubatan yang terkenal sejak zaman purbakala. Nama saintifik halia ialah, Zingiber Officinale, selalu digunakan dalam masakkan. Terdapat tiga jenis yang lazim dijual di pasaran iaitu:

  • Halia gajah/badak: yang paling disukai di pasaran antarabangsa. Bentuknya besar gemuk dan rasanya tidak terlalu pedas. Isi rimpang berwarna kuning hingga putih.
  • Halia kuning: yang banyak dipakai sebagai bumbu masakan. Rasa dan aromanya cukup tajam. Ukuran rimpang sedang dengan warna kuning.
  • Halia merah: mengandungi minyak pati tinggi dan rasa paling pedas, sehingga cocok untuk bahan dasar farmasi dan jamu. Bahkan digunakan pula sebagai pengawet semulajadi di industri makanan kerana bersifat antibakteria membasmi bakteria patogen dan perosak makanan.[9] Ukuran rimpangnya paling kecil dengan kulit warna merah dan serat lebih besar dibandingkan dengan halia biasa.

Produk Najlaa seperti Herbal Oil, Balm, Serum mengandungi Ektraks Halia. Mengapa memilih halia? Ini kerana, Halia bersifat anti-viral, anti-bakteria, anti-parasit, anti-radang. Mengandungi potassium, Magnesium, Calcium, Zinc, Vitamin C dan B:

  1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. . Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
  2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan. Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebuah kajian kadet tentera laut, mendapati mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
  3. Pencegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa
  4. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
  5. Membantu merawat masalah Pernafasan. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
  6. Menguatkan imuniti. Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
  7. Mengurangkan Morning Sickness. Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
  8. Melansingkan badan. Kandungan sebatian didalam halia membantu melansingkan badan dengan meningkatkan metabolism badan sebanyak 5%. Ini meningkatkan pembakaran lemak 
  9. Menhilangkan bau badan. Muka cantik tetapi badan berbau, ini mengurangkan saham anda. 
  10. Membantu merawat masalah pencernaan. Kandungan Phenols dalam halia, membuang toksin dan angin dalam badan. Merawat cirit birit, sakit perut dan mual.
  11. Menangani masalah lemah tenaga batin untuk kesihatan lelaki
  12. Menhilangkan sakit sendi. Halia bersifat Anti-Athritis, Anti-Rheumatoid
  13. Merawat gejala keracunan udang seperti sakit pingang dan sakit kepala

No comments:

Post a Comment

PUSAT MAKLUMAT NAJLAA

NAJLAA INFO CENTRE:  KLIK LINK DI BAWAH : 1-   Najlaa Baby Skincare Official     2-  Panduan Produk Najlaa   3-  Love - Quotes Najlaa   4-  ...