Tuesday, 6 January 2026

MANFAAT SHEA BUTTER DALAM HERBAL CREAM NAJLAA

 


Shea butter adalah produk kecantikan alam yang luar biasa, dihasilkan daripada lemak kacang Shea dari Afrika. Shea butter adalah kandungan utama herbal cream Najlaa.

Ianya Kaya dengan vitamin, pelembab dan nutrien. Shea butter memberi banyak manfaat untuk kulit Anda, rambut dan kesihatan. Ini 8 manfaat shea untuk kulit dan rambut:

  1. Shea butter kaya dengan antioksida, seperti vitamin A dan E, yang melindungi sel-sel kulit Anda dari radikal bebas, serta akibat buruk sinar matahari.
  2. Kandungan vitamin Shea butter dapat merawat kulit tidak sihat seperti ekzema, ruam lampin, dermatitis, serta melambatkan proses penuaan, dengan merangsang penghasilan kolagen.
  3. Shea butter dalam herbal cream najlaa juga bagus digunakan sebagai pelembab dan melembutkan kulit kering .
  4. Shea butter mengandungi asid lemak dan sterol yang bersifat anti-inflamasi sera membantu proses penyembuhan luka ringan, serta merawat ruam-ruam, kulit terbakar, gigitan serangga etc.
  5. Anda juga boleh menggunakan herbal cream yg terdapat dalamnya Shea butter sebagai pelembab dan pelembut kulit kaki merekah, ketuat, kulit kaki kasar etc
  6. Shea butter bersifat anti-inflamasi, herbal cream bila disapu pada jerawat, ia akan mengurangkan kesan-kesan kemerahan akibat radang
  7. Shea butter bagus untuk rambut kering. Sapu herbal cream pada hujung hujung rambut kering merekah akan melembapkan rambut dan membaiki tekstur rambut. Rambut lebih lembut dan berkilau.
  8. Shea butter mengembalikan kekenyalan kulit Anda serta melembap dan melembutkan kulit. Oleh itu herbal cream juga bagus untuk strecthmark.
  9. Herbal Cream Najlaa produk yang bagus untuk kesihatan dan kecantikkan kulit. Gunalah tanpa ragu

MANFAAT GLISERIN DALAM PRODUK NAJLAA

 



Diantara kandungan utama Nourishing Lotion, Serum dan Herbal Cream ialah Gliserin sayuran. Mengapa kami merumus produk Najlaa menggunakan Gliserin sayuran. Berikut 7 sebab:

  1. Gliserin bersifat humefektan. Ia mengembalikan kelembapan kulit. Sangat sesuai digunakan bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering.
  2. Melindungi kulit dari bahaya sinar matahari (UVA dan UVB) dimana sinar ini merosakkan kulit jika tidak ditangani secara cepat menyebabkan sunburn dan jeragat.
  3. Menghilangkan jeragat pada wajah yang disebabkan oleh bekas jerawat ataupun sinar matahari. Sehingga bintik hitam tersebut pudar dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.
  4. Gliserin menjaga kelembutan dan kekenyalan kulit dimana manfaat ini mengatasi kulit yang kasar ataupun mengelupas dan bersisik.
  5. Menhilangkan tanda-tanda usia tua seperti memudarkan kefutan atau keriput pada mata dan seluruh badan.
  6. Membantu proses pematangan sel kulit yang rosak. Bagus dalam mengatasi kulit berminyak dan beberapa masalah kulit lain seperti ekzema.
  7. Mencegah dan merawat alergi pada kulit karena gliserin ini sangat bagus digunakan pada kulit sekali pun bayi.

Sebab itu produk Najlaa adalah rakan karib kulit anda. Ia menggunakan bahan bahan premium terpilih untuk menjadikan kulit anda sentiasa sihat dan cantik

FUNGSI OATMEAL DALAM SABUN FRESH SOAP

 


Fresh Soap Najlaa merupakan sabun herba berkelembapan tinggi yang turut mengandungi Oatmeal. Jom fahami, mengapa Oats telah dipilih sebagai salah satu bahan penting sabun ini:

  1. Digunakan untuk Mandian. Oatmeal akan membersihkan kulit sekaligus menjaga kelembapannya serta melembutkan kulit.
  2. Mengatasi Gatal pada Kulit. Menurut American Academy of Dermatology, kulit gatal dan kulit kering berpunca daripada pH tinggi. Oatmeal boleh membantu menormalkan pH kulit sekaligus meredakan gatal-gatal atau rasa tidak selesa pada kulit.
  3. Pembersih Wajah. Oatmeal mengandungi Saponin. Agen pembersih kulit yang bagus
  4. Exfoliator Kulit Semulajadi. Jika kita berlebihan menggunakan scrubs, kulit wajah akan menjadi tegang dan merah. Tetapi dengan menggunakan oats ianya lebih selesa dan tak menyakitkan. Kulit menjadi lebih cerah karena sel-sel kulit mati terkelupas tanpa membuat kulit wajah radang.
  5. Mengatasi Jerawat. Oatmeal dalam Fresh Soap boleh menyerap minyak pada kulit, menentang bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati. Ciri ciri ini sesuai untuk merawat jerawat
  6. Menyerap Lebihan Minyak & Kotoran pada Rambut. Selain mampu menyerap dan menghilangkan lebihan minyak dan kotoran pada kulit, oatmeal juga membantu menyerap lebihan minyak dan kotoran pada rambut. Masukkan Fresh soap yang telah dipotong dan air secukupnya ke dalam botol. Goncang sehingga sebati. Gunakan untuk mencuci wajah dan rambut.
  7. Membantu merawat kulit Ekzema
  8. Oatmeal meningkatkan kelembapan kulit, mengurangkan rasa gatal-gatal dan mengembalikan "skin barrier" pada kulit. Ciri-ciri ini sangat bagus untuk kulit ekzema.
  9. Selamat mengguna Fresh Soap Najlaa. Sabun herba alami yang mengandungi oat untuk cucian yang selesa nyaman dan selamat.

MANFAAT ZINC OXIDE DALAM PRODUK NAJLAA

 

Selain daripada mengandungi Ektraks herba perubatan, Herbal Cream, Nourishing Lotion dan Serum Najlaa turut mengandungi Zinc Oxide. Berikut adalah manfaat kesihatan Zinc Oxide:

  • 1.     Melegakan keradangan kulit yang dikaitkan dengan eczema, ruam, alahan dan ruam lampin
  • 2.     Menyediakan spektrum luas perlindungan matahari yang menghalang kulit drp terbakar (kulit foto-sensitif)
  • 3.     Menyediakan perlindungan daripada kanser kulit/ neoplasias (karsinoma sel basal)
  • 4.     Meningkatkan penyembuhan luka dan menghalang jangkitan bakteria
  • 5.     Membantu memulihkan luka terbakar dan tisu yang rosak
  • 6.     Membantu mengecutkan jerawat
  • 7.     Mengekalkan kelembapan kulit
  • 8.     Mengurangkan kelemumur
  • 9.     Merawat ketuat
  • 10.  Mengurangkan dan memulihkan radang kulit / jeragat/ melasme
  • 11.  Mencegah penuaan kulit dgn meningkatkan sintesis kolagen dan pembentukan tisu penghubung baru

KHASIAT MINYAK ARGAN DALAM NUTRIEN OIL NAJLAA

 


Minyak Argan sangat bermanfaat untuk pertumbuhan serta penjagaan rambut yang sihat. Cecair EMAS ini memberikan nafas baru kepada rambut kering, kusut, beruban, cabang, rapuh dan sebagainya.

Minyak Mahsyur ini mempunyai beberapa khasiat seperti berikut :-

1.            Minyak Argan menghidrat rambut dengan cara semulajadi dan mengurangkan kekasaran rambut.

2.            Minyak Argan mampu menembusi ke liang rambut serta meningkatkan pertumbuhan dan keanjalan rambut.

3.            Minyak Argan mampu merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal serta tidak terurus.

4.            Anti-oksidan semulajadi yang terdapat dalam Minyak Argan mampu mengukuhkan rambut dengan membaik pulih sel sel yang rosak.

5.            Kehadiran Vitamin E dalam Minyak Argan menjadikannya agen terbaik untuk rawatan rambut secara semulajadi dan memelihara rambuat daripada agen perosak.

6.            Para penyelidik percaya bahawa Minyak Argan berfungsi mengekalkan kelembapan serta mengembalikan kilau dan sinar rambut.

7.            Pakar-pakar rambut mempercayai Minyak Argan merupakan pilihan yang tepat untuk menyembuhkan serta memulihkan rambut yang rosak, kering dan lemah akibat daripada persekitaran alam sekitar, amalan penggayaan yang berlebihan dan sebagainya.

8.            Kaya dengan asid lemak tak tepu seperti Omega 3 dan Omega 9, Minyak Argan adalah sumber komponen penting pemakanan untuk liang-liang akar rambut. Asid lemak tak tepu ini mengukuhkan struktur ikatan protein dalam rambut dan dengan itu meningkatkan kekuatan rambut serta penyembuhan sehingga ke hujung rambut.

Gunalah Nutrien Oil Najlaa hari ini, untuk rambut hitam lebat bersinar yg cantik dan sihat

 

MANFAAT MINYAK ZAITUN

 


Selain daripada VCO, minyak zaitun merupakan salah satu bahan utama produk Najlaa. Mengapa Najlaa memilih minyak Zaitun? Ini kerana minyak zaitun mengandungi tinggi vitamin E, polyphenols, phytosterols, pelbagai nutrients dan lemak sihat monounsaturated fatty acids. Minyak Zaitun dikenali sebagai Jaitun, Olea Europaea, Jeeta dan Jonglai di sesetengah tempat. Berikut adalah 11 Manfaat Minyak Zaitun:

1.            Melembapkan kulit

2.            Meningkatkan kesihatan kulit

3.            Sebagai make up remover

4.            Melawan penuaan dan memelihara kulit dari rosak akibat sinar matahari

5.            Menyembuhkan tumit kaki yang pecah

6.            Rambut lebih sihat bersinar

7.            Mencantikkan kuku

8.            Merawat radang, jerawat dan psoriasis

9.            Melembutkan rambut kasar

10.         Ukur lilit rambut lebih tebal dan tidak mudah patah

11.         Sebatian oleocanthal mengurangkan risiko Alzheimer

MANFAAT MINYAK KELAPA DARA

 


Minyak kelapa merupakan bahan utama produk Najlaa. Minyak ini menawarkan manfaat manfaat yang sangat baik untuk kesihatan.Kaya dengan Lauric Acid, capric acid dan caprylic acid.

1.            Menghalus dan Melembapkan kulit. Tona lebih sekata

2.            Mempunyai SPF 8,melindungi kulit daripada bahaya sinar matahari

3.            Memudarkan strechmarks

4.            Mencantikkan kulit sekitar mata, supaya tidak sembap dan berkedut

5.            Boleh dijadikan make up remover

6.            Penjagaan kuku, mencantikkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang sihat

7.            Menguatkan tisu-tisu kulit, dan membuang kulit kulit mati

8.            Kandungan Vitamin E yang tinggi, menjadikan minyak kelapa anti-penuaan berkuasa

9.            Bersifat, anti bakteria, virus dan fungi. Bagus untuk menangani masalah jangkitan

10.         Melembap dan melembutkan rambut, jadi Hitam lebat, sihat dan bersinar.

11.         Memperlahankan proses rambut gugur

12.         Menguatkan rambut, supaya tidak mudah pecah dan patah

MANFAAT SHEA BUTTER DALAM HERBAL CREAM NAJLAA

  Shea butter adalah produk kecantikan alam yang luar biasa, dihasilkan daripada lemak kacang Shea dari Afrika. Shea butter adalah kandungan...